Ku Li dilantik sebagai penasihat Umno

TENGKU Razaleigh Hamzah kini dilantik sebagai penasihat kepada Umno.

Menurut sumber dalaman Umno, pelantikan veteran Umno itu dilakukan pada mesyuarat pucuk pimpinan parti itu.

Difahamkan, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, menghadiri mesyuarat itu awal hari ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Turut dikatakan hadir dalam mesyuarat itu adalah Naib-Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Johari Abd Ghani

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang yang mesra disapa sebagai Ku Li itu pernah menjadi Ahli Parlimen paling senior di kalangan Ahli Parlimen sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Beliau menjadi Ahli Parlimen sejak tahun 1974 Ulu Kelantan sebelum dikenali sebagai Gua Musang

Pada PRU-15 lalu, Ku Li tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Azizi Abu Naim dengan 163 undi. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights