Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengakui gugup buat pertama kali berucap di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang sinonim dengan Umno.
Jelasnya, DAP yang menjadi musuh tradisi Umno bagaikan tidak percaya bahawa hari ini mereka bersama di pentas keramat Umno itu.
“Hari ini saya akui saya sedikit gugup…Saya tak pernah berucap di dewan ini.
“Sejak saya masuk politik, saya tak pernah terbayang akan berucap di Dewan merdeka.
“Jadi saya sedikit gugup hari ni, perlu buat nota (ucapan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di WTCKL, di sini, hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution secara berseloroh berkata slogan “lawan tetap lawan” yang menjadi pegangan parti itu perlu ditukar.
Ini kerana katanya musuh politik PKR sebelum ini telah menjadi kawan kepada mereka dan bersama dalam Kerajaan Perpaduan.
“Kami dalam reformasi slogan lawan tetap lawan, itu nampaknya kena ubah sikit skg…Dulu lawan kini kawan,” katanya ketika berucap.- Malaysiapost