Parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu segerakan keserasian – Ahmad Zahid

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta keserasian antara 19 parti komponen di bawah Kerajaan Perpaduan dipercepat, terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Beliau yang juga Presiden Umno, menegaskan perkara itu ketika perjumpaan khas beliau secara tertutup dengan Ketua Bahagian Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Ahmad Zahid turut mengarahkan semua Bahagian Umno supaya menggerakkan jentera parti mulai dari sekarang.

“Disebabkan pemilihan di peringkat Ketua Bahagian sudah berlalu, saya minta biduk berlalu, kiambang bertaut (kembali bersatu).

“Selain itu, kita mahu mereka menyantuni pelbagai kaum, sama ada dalam kalangan ahli parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Apa yang lebih penting ialah pengundi yang tanpa parti, itu mesti dimulakan daripada sekarang,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights