Banyak ibrah diperoleh daripada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 – Zambry

BANYAK ibrah yang boleh diambil daripada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang pertama kali diadakan semalam di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata konvensyen itu bukan sahaja menghimpunkan kesemua pemimpin utama 19 parti Kerajaan Perpaduan, malah turut disertai 12,000 pemimpin dan ahli akar umbi.

“Sejarah juga tercipta apabila buat pertama kalinya Wanita, Pemuda dan Puteri dapat duduk bersama dan mengangkat resolusi secara bersama.

“Tahniah dan syabas kepada Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan barisan sekretariat atas kejayaan penganjuran konvensyen ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Zambry yang juga Menteri Luar Negeri berharap segala tekad yang dipersembahkan dalam konvensyen itu akan membantu meningkatkan kestabilan dan keutuhan Kerajaan Perpaduan agar komited kepada pembangunan rakyat dan negara. – Malaysiapost
Politik

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights