Bubar DUN: MB Selangor mohon perkenan Sultan minggu ketiga Jun

Bubar DUN: MB Selangor mohon perkenan Sultan minggu ketiga Jun

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Selangor dijangka akan dibubar pada minggu ketiga, Jun depan. 

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata, beliau akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah pada minggu tersebut bagi memohon perkenan pembubaran DUN. 

“Sebelum tarikh itu saya akan menyampaikan hasrat bila tarikh untuk kita bubar… (akan menghadap sultan) minggu ketiga atau minggu keempat Jun.

“Mungkin juga boleh jadi minggu kedua (Jun),” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Ehsan Raya Aidilfitri PKPS, di Shah Alam, hari ini. 

Difahamkan, Sultan Sharafuddin dijadualkan berangkat menunaikan ibadat haji bulan depan. – Malaysiapost

Komen