MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah berjasa mendidik anak bangsa serta membantu membangunkan negara.
“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di seluruh negara.
“Terima kasih diatas komitmen dan sumbangan kalian dalam membangunkan dan mendidik anak bangsa untuk generasi masa depan negara.
“Guru Insani Pemangkin Generasi Madani. Terima kasih cikgu,” katanya dalam video ucapan Selamat Hari Guru yang dimuat naik di laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hari ini.
Tema Sambutan Hari Guru 2023 adalah “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani” dan Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun. – Malaysiapost