Legenda sepak takraw negara, Adnan Saidin meninggal dunia

LEGENDA sukan sepak takraw tanah air, Adnan Saidin meninggal dunia pada usia 66 tahun, pagi ini.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir.

Difahamkan, Allahyarham yang turut digelar Raja Sepak Takraw Asia telah beberapa hari menjalani rawatan di hospital akibat sakit jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Adnan yang dilahirkan di Kampung Padang, Tandop, Alor Setar mula berjinak-jinak dalam sukan itu sejak berusia lapan tahun dengan bermain sepak takraw pada setiap petang.

Perjuangannya selama hampir 20 tahun dalam sukan itu banyak meninggalkan kenangan manis kepadanya dan juga negara terutamanya ketika ketika berdepan musuh tradisi, Thailand pada aksi final Sukan SEA di Jakarta 1979.

Kehebatannya dalam sukan itu membolehkannya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Asia 1984 dan digelar Raja Sepak Takraw Asia 1986. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights