Saya tidak akan hormat pandangan peribadi Annuar’ – Zahid
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak akan menghormati pandangan peribadi yang dikeluarkan oleh bekas pemimpin parti itu.
Presiden Umno itu berkata, beliau tidak akan sesekali menghormati pandangan Tan Sri Annuar Musa kerana itu adalah pandangan peribadi beliau.
“I will never respect his personal opinion (saya tidak akan hormat pandangan peribadi beliau),” katanya semasa sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya oleh Majlis Profesor Negara 2023, hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri Itu berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan bekas Ahli Parlimen Ketereh itu mengenai kehadiran puak sosialis, liberal dan DAP ke Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam.
Terdahulu, Annuar berkata, Umno bakal ditolak rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Beliau yang juga Presiden Muafakat Nasional berkata, ia kerana sokongan rakyat diberikan khususnya ketika Umno bersama Pas, bukan DAP.
“Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini (semalam) akan mendorong jutaan rakyat termasuk ahli Umno akan terus meninggalkan parti itu.
“Umno bakal ditolak rakyat dalam PRN dan PRU akan datang, InsyaAllah,” katanya. – Malaysiapost