Berita baik untuk warga pendidik?
SEMPENA sambutan hari guru hari ini, adakah berita gembira bakal diumumkan untuk warga pendidik?
Untuk rekod, Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun ini akan diadakan di Melaka yang akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, membayangkan bakal ada berita baik buat para guru.
Menerusi hantaran ringkas di Facebooknya, Dr Anuar mengucapkan rasa syukur sambil membayangkan ada berita gembira akan diumumkan Fadhlina hari ini.
“Alhamdulillah sempena kemuncak sambutan hari guru 2023, ada berita baik dari Melaka untuk guru-guru.
“Terima kasih YB menteri dan kepimpinan KPM. Saya tumpang gembira,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan apakah berita gembira yang dimaksudkan. – Malaysiapost