Jangan reformasi bertukar ‘reforbasi’ – Puad

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi membayangkan Kerajaan Perpaduan bersikap lebih terbuka dan sedia dikritik serta disindir Umno.

Menurutnya, ia susulan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seolah-olah memberi lampu hijau kepada Umno untuk mengkritik dan menyindir kepimpinannya.

Jelasnya, perkara itu dibayangkan apabila Anwar masih menyindir Umno dengan pelbagai ungkapan ketika berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, kelmarin

Beliau berkata, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tetap melontarkan sindiran walaupun Umno yang dahulunya lawan PH kini menjadi kawan.

“Bahkan penyokong PH beberapa kali melaungkan ‘reformasi’ ketika Anwar sedang berucap.

“Mujur penyokong Barisan Nasional (BN) tidak membalas dengan ‘reforbasi’.

“Itu berlaku ketika debat antara Datuk Seri Najib Razak dan Anwar di MATIC Mei 2022,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Menurut Mohd Puad, penyokong BN bersikap ‘gentleman’ pada hari tersebut.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan Perdana Menteri bahawa terdapat beban di bahunya untuk melakukan pembaharuan institusi berikutan kuasa penuh di tangannya.

“Semoga penyambungan kontrak Tan Sri Azam Baki dan Tan Sri Idrus Harun tidak merencat pembaharuan institusi.

“Jika tidak, ‘reformasi’ hanya retorik dan memang reforbasi,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights