Peranan wartawan tidak boleh disangkal – Zahid

PERANAN dan tugas wartawan tidak boleh disangkal kerana kerjaya itu juga menyumbang kepada proses pembangunan negara bangsa, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau secara peribadi sentiasa menghargai penglibatan wartawan dalam membantu kerajaan secara keseluruhannya.

Jelasnya, wartawan juga tanpa rasa jemu menguar-uarkan informasi dan maklumat mengenai dasar-dasar kementerian yang dipimpinnya kini iaitu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Malah, perjalanan karier saya di dalam politik dan parti yang saya sayangi juga turut dikongsi wartawan,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Dalam hantaran itu, Ahmad Zahid memaklumkan KKDW  berbesar hati menyumbang RM50,000 sempena sambutan Hari Wartawan Malaysia 2023 (HAWANA 2023) yang akan disambut akhir bulan ini.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights