‘Saya tak perlu pandangan, penghormatan sesiapa’ – Annuar Musa

BEKAS pemimpin Umno, Tan Sri Annuar Musa menegaskan pandangan dan pendapat yang diutarakan beliau tidak memerlukan penghormatan daripada sesiapa.

Annuar yang dipecat Umno pada Disember lalu berkata, beliau hanya berkata benar meskipun ia pahit.

“Pandangan dan pendapat tidak memerlukan ‘respect’ daripada sesiapa, yang penting ia dinyatakan secara jujur dan berterus terang.

“Berkata benar walaupun pahit,” katanya dalam hantaran di Facebook. 

Kelmarin, Annuar meramalkan Umno akan kalah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum akan datang berikutan ramai ahli Umno akan meninggalkan parti itu.

Katanya, kehadiran puak sosialis, liberalist, DAP ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan mendorong jutaan rakyat, termasuk ahli Umno untuk terus meninggalkan parti itu dan bakal ditolak rakyat. 

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa beliau tidak akan menghormati pandangan peribadi dikeluarkan bekas Ahli Parlimen Ketereh itu.

“I will never respect his personal opinion (saya tidak akan hormat pandangan peribadi beliau),” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights