Bekas KP Umno Beluran meninggal dunia akibat strok haba

BEKAS Ketua Pemuda Umno Bahagian Beluran di Sabah, Mohamd Faizal Majlis dilapor meninggal dunia tengah malam tadi akibat strok haba.

Perkara itu dikongsi Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebooknya pagi ini.

Menurut Asyraf Wajdi, Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir d Hospital Sandakan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

“Beliau antara sahabat dan pendokong kuat saya di Sabah, malah pernah saya sampai ke kampungnya yang jauh di Pulau Keniogan (lebih kurang hampir dua jam dengan bot daripada Sandakan).

“Moga Engkau tenang di sana wahai sahabatku dunia akhirat. Hanya doa yang mampu ku titipkan agar rohmu dilimpahi rahmat dan ditempatkan beserta golongan muttaqiin,” tulisnya. – Malaysiapos

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights