KEBAKARAN dilaporkan berlaku membabitkan sebuah pusat beli belah berhampiran Lebuhraya Persekutuan kira-kira jam 10 pagi tadi.
Difahamkan insiden kebakaran itu membabitkan bilik pencawang di dalam bangunan berkenaan dan operasi memadamkan kebakaran sedang dilakukan oleh pihak bomba.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di laman Facebook Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KLCCC DBKL) api marak boleh dilihat dari jalan berkenaan, namun tiada laluan yang terhalang.
” Lebuhraya Persekutuan : Satu insiden kebakaran di dalam bangunan pusat beli-belah Mid Valley. Kerja – kerja memadamkan api sedang dilakukan oleh pihak bomba. Tiada jalan yang terhalang.
“Penutupan dua lorong kiri di jalan utama atas dasar keselamatan jentera bomba berhenti. Kawalan trafik oleh Polis Bantuan di lokasi,” menurut hantaran itu.
KLCCC DBKL turut memuat naik gambar-gambar insiden kebakaran itu dan operasi pemadaman api yang dijalankan pihak bomba. – Malaysiapost


