PENYANYI Fyna Jebat dan suaminya bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan dilaporkan sudah bercerai sejak dua minggu lalu.
Perkara itu itu disahkan sendiri saudara terdekat Zainal yang memberitahu kedua-dua pasangan itu sudah bercerai, baru-baru ini, lapor Harian Metro.
Menurutnya, punca penceraian pasangan itu adalah disebabkan tiada persefahaman antara Fyna dan isteri pertama Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini.
“Apa yang dikongsikan anak Zainal itu boleh saya cakap betul. Mereka memang sudah bercerai dua minggu lalu.
“Punca cerai adalah disebabkan kedua-dua isteri Zainal itu mereka tidak ada persefahaman. Jadi mereka ambil keputusan untuk bercerai,” katanya.
Terdahulu, nama penyanyi Fyna Jebat kembali menjadi bualan apabila didakwa sudah bercerai dengan Zainal Abidin.
Ia mula tular apabila anak perempuan Zainal Abidin iaitu Zahira Aisyah meninggalkan komen dalam satu akaun media sosial mendakwa bapanya sudah menceraikan Fyna.
“Kenapa perlu kongsi semula cerita bulan empat yang lepas?. Ibu saya juga tidak berdamai dengan sesiapa dan cerita ini tidak benar.
“Untuk pengetahuan awak, ayah saya sudah bercerai dengan Fyna. Mohon padam hantaran ini, terima kasih,” katanya dalam ruangan komen.
Terdahulu, sebuah portal hiburan telah berkongsi semula cerita penyanyi itu sudah berdamai dengan isteri pertama Zainal yang sebelum ini dilaporkan tidak mempunyai hubungan yang baik. – Malaysiapost