‘Kalian yang buat salah, kalian dituntut bermuhasabah’
SEORANG Ahli Parlimen PKR meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan kerajaan perpaduan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim meluahkan rasa kecewanya menerusi puisi bertajuk kalimah Allah.
Dalam puisi itu, beliau mengingatkan kerajaan mengenai apa yang berlaku ketika di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) lalu berhubung isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) serta Statut Rom.
Kini luahnya, perkara sama berulang lagi dan bakal mengundang bencana.
Sehubungan itu beliau mengingatkan kerajaan agar jangan mengambil mudah dalam isu kalimah Allah.
Berikut adalah puisi nukilan Hassan yang dimuatnaik di Facebooknya:
Puisi
Kalimah Allah
Jangan diambil mudah
Kalimah Allah
Kalian cuai
Buruk padahnya
Angkara siapakah ini semua?
Tiada beban batu digalas
Aku tidak mahu menuding jari
Tetapi,
Akupun ada saham
Membangunkan kerajaan ini
Aduhai,
Kalian senang-senang
Melakukan kesalahan yang sama
Lima tahun lalu
Berlaku mimpi ngeri
ICERD dan STATUTE ROME
Kini hal yang sama berulang lagi
Takkanlah kalian lupa itu semua
Kealpaan yang sama
Mengundang bencana yang sama
Penat kami di bawah ini
Mendukung kerajaan ini
Tapi kini,
Kembali de jevu berulang tayang
Nah, sekarang kalian terpaksa
Lakukan damage control
Kalian bekejar ke sana sini usahakan mitigasi
Supaya kerosakan ini
Boleh diperbaiki
Lalu keluarlah pemikiran
After thought
Yang dangkal, merapu dan mengarut
Jadi, ingatlah, jangan ambil mudah
Kalimah Allah
Kalian yang buat salah
Kalian dituntut bermuhasabah
Bacalah Astafirullah