Kerajaan disaran kurangkan cukai penghawa dingin jenis ‘inverter’

Kerajaan disaran kurangkan cukai penghawa dingin jenis ‘inverter’

KERAJAAN disarankan mengurangkan cukai penghawa dingin jenis ‘inverter’ yang menjimatkan bil elektrik pada musim cuaca panas ketika ini.

Saranan itu dilontarkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman susulan cuaca panas melanda negara yang dijangka berlarutan sehingga September ini.

Beliau berkata, penggunaan penghawa dingin jenis inverter dapat me jimatkan bil elektrik rakyat.

“Cuaca panas. Sebagai alternatif kerajaan boleh kurangkan cukai penghawa dingin jenis inverter yang jimatkan bil elektrik rakyat terutama buatan tempatan,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini media melaporkan Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 15 Mei dan berterusan sehingga September ini.

Ia akan menyebabkan taburan hujan lebih rendah berlaku di kebanyakan tempat pada tempoh tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata semasa Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil, menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan.

Sehubungan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.-Malaysiapost

Komen