‘Rakyat susah bukan peduli’ – Wan Fayhsal

KETUA Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengkritik pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa melakukan pembaziran wang kerajaan dengan mengadakan terlalu banyak majlis Rumah Terbuka Aidilfitri.

Menerusi hantaran ringkas di Facebook, Ahli Parlimen Machang itu turut mendakwa Anwar tidak mengotakan janji untuk melaksanakan perbelanjaan lebih berhemah bagi mengelakkan pembaziran.

Katanya, pendekatan Anwar ketika ini tidak tidak selari dengan konsep Kerajaan Madani kerana didakwa langsung tidak mempedulikan kesusahan rakyat.

“Dulu kata tak bagi bazir duit kerajaan buat majlis macam ini (Rumah Terbuka Aidilfitri). Sekarang boleh pula.

“Siap menyanyi-nyanyi sana-sini. Rakyat susah bukan peduli. Ini bukan sifat Madani,” katanya.

November lalu media melaporkan, Perdana Menteri berikrar untuk memastikan kerajaan di bawah pentadbirannya melaksanakan perbelanjaan lebih berhemah bagi mengelakkan pembaziran.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, pentadbiran beliau tidak akan mengulangi amalan pembaziran oleh kerajaan sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua anggota Kabinet bakal dilantik supaya tidak menggunakan wang kerajaan bagi perbelanjaan tidak perlu termasuk untuk perkara berkaitan kerja membaik pulih pejabat masing-masing.

“Jadi ini sebagai mesej kepada semua pimpinan jabatan yang lain supaya ingat bahawa dalam keadaan sekarang ini, kita patut mulakan budaya baharu,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights