Fizo Omar mohon peminat doakan isterinya selamat bersalin

PELAKON Fizo Omar memohon doa peminat agar isterinya Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar, 37, memaklumkan isterinya ketika ini sedang ‘bertarung nyawa’ di bilik bersalin untuk melahirkan zuriat mereka.

“Di hari Jumaat yg penuh barakah ini, Isteri saya bakal melahirkan zuriat kami. Mohon doa dari semua semoga Allah permudahkan urusan kami,” katanya dalam hantaran itu.

Pada 24 Jun tahun lalu, pasangan itu dikurniakan bayi sulung Wan Khaleeda iaitu dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.

Untuk rekod, Fizo dan Fazeera berkahwin pada Oktober 2021 selepas lebih setahun berkenalan.

Fazeera adalah pramugari yang berpangkalan di Doha, Qatar sebelum ini.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam. – Malaysiapost

Komen