Jangan sertai demonstrasi di masjid negeri – Polis

POLIS meminta orang ramai tidak menyertai demonstrasi membantah rayuan kes kalimah Allah di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, perkara itu tular di media sosial yang menyeru semua umat Islam termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan telah menasihatkan pihak penganjur supaya tidak meneruskannya.

“Ini terutama perhimpunan yang melibatkan kawasan rumah atau tempat ibadat dan kesalahan itu diperuntukkan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular mesej memaklumkan perhimpunan anjuran sebuah NGO itu dijadualkan berlangsung selepas solat Jumaat hari ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights