MARA perluas TVET tahfiz

MARA perluas TVET tahfiz

MARA akan melahirkan lebih ramai huffaz yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai cabang Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ia bertujuan memastikan mereka mampu berdikari dan menyumbang dalam pembangunan negara.

“Kelmarin saya bertemu dengan 20 pelatih Institut Kemahiran MARA (IKM) Jasin yang baru masuk bagi menjalani program latihan dalam bidang automotive.

“Sempat juga saya sendiri tasmi’ menguji tahap hafazan mereka. InsyaAllah saya juga akan pastikan IKM punya tenaga pengajar tahfiz berkelayakan untuk sentiasa tasmi’ (mendengar) dan tashih (memperbetulkan) hafazan masing-masing.

“Di samping tenaga pengajar terlatih sedia ada dalam bidang kemahiran TVET,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Asyraf Wajdi berkata, MARA juga menyediakan elaun bulanan untuk pengajar tahfiz tersebut. – Malaysiapost

Komen