Amir dedah punca Mamat Sepah hilang di pentas
KELIBAT Mamat Sepah dalam program Mega Spontan terbitan Astro semalam kelihatan tidak berpanjangan.
Ini kerana pelawak itu dikatakan mengalami gangguan kesihatan sehingga terpaksa berehat di belakang pentas.
Perkara itu dinyatakan seorang lagi peserta, Amir Raja Lawak yang memaklumkan Mamat Sepah diberikan rawatan di belakang pentas.
“Mesti ada yang perasan semalam kan Mamat main (beraksi) kejap saja kat Mega Spontan lepas tu tiba-tiba tak nampk kelibat dia di pentas kan?
“Sebenarnya dia tiba-tiba terkena serangan hypo sikit selepas itu badan tak selesa dan dia terus menerima rawatan yang sebaiknya di belakang pentas.
“Sekarang dia ada saja kat rumah untuk berehat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Amir turut berharap Mamat Sepah cepat sembuh dan dapat kembali semula ke pentas Mega Spontan.
“Semoga sahabat saya Mamat Sepah kembali pulih dengan cepat, aamiin.
“InsyaAllah minggu depan dia ada kat pentas untuk meneruskan perlawanan. Doakan Mamat kuat ye,” tulis Amir. – Malaysiapost