BEKAS pemimpin Umno, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Umno telah rosak secara total dan beliau tidak akan merayu untuk kembali menyertai parti itu.
Annuar yang juga bekas ahli Parlimen Ketereh itu berkata, keputusanya untuk menyertai PAS adalah suatu tindakan tepat bagi meneruskan perjuangan politiknya.
“Saya tidak mungkin akan merayu kembali kepada Umno,” katanya kepada media ketika ditemui pada rumah terbuka Aidilfitri Muafakat Nasional (MN) di ibu negara, hari ini.
“Umno sekarang ini telah rosak secara total daripada asas perjuangan yang lazim,” tambahnya lagi.
Sebelum ini media melaporkan Perikatan Nasional (PN) dijangka akan mengumumkan kemasukan Annuar serta lebih 10 bekas pemimpin Umno untuk menganggotai parti itu.
Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga dilihat seperti menunjukkan minat yang sama untuk menyertai Bersatu.
Katanya, pengumuman penerimaan keahlian tokoh politik berkenaan dalam PAS dijangka dibuat penghujung bulan ini..
Pada 8 Disember tahun lalu, Umno membuat keputusan memeca Annuar ekoran tindakannya yang dikatakan telah mensabotaj parti.
Mengulas lanjut Annuar berkata beliau memilih PAS kerana melihat keikhlasan parti itu ketika bersama Umno dalam MN.
“Parti PAS menunjukkan keikhssan adan ketika bersama Umno…Saya memilih PAS tanpa sebarang ragu, tanpa sebarang syak,” katanya lagi.