Murid, guru dibenar terus pakai baju sukan ketika cuaca panas

Murid, guru dibenar terus pakai baju sukan ketika cuaca panas

MURID, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan boleh terus memakai baju sukan susulan cuaca panas ketika ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kebenaran khas itu bergantung kepada keadaan cuaca dan diberikan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

“KPM (Kementerian Pendidikan) tidak membuat keputusan sendiri, kita dibantu KKM (Kementerian Kesihatan) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang sentiasa memantau cuaca serta suhu untuk pastikan dapat meneruskan aktiviti bersama pelajar.

“Langkah ini juga supaya kejadian tidak diingini boleh dihalang dan dicegah,” katanya selepas Jerayawara Pendidikan Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama-sama Menteri Pendidikan, di Kota Bharu, hari ini.

Pada majlis itu, Fadhlina turut melancarkan Pakej Guru EL30 dan M40 iaitu kerjasama strategik Yayasan Didik Negara (YDN) dan CelcomDigi.

Pada 3 Mei lalu, KPM memberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan. – Malaysiapost

Komen