Aiman Tino hidap demam denggi
PENYANYI Aiman Tino dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat mengalami demam denggi.
Ibu kepada penyanyi itu, Hazelina Mat Jalil menerusi laman Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada rakan suaminya yang sudi memasak sup ketam untuk anak mereka.
“Terima kasih diucapkan kepada sahabat suami, Dek Yan sudi masakkan sup ketam untuk anak saya Aiman.
“Semoga dia cepat sembuh… demam denggi memang bagus makan sup ketam,” katanya.
Hazelina turut memuat naik foto menunjukkan penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu sedang berehat di wad.
Rata-rata netizen turut mendoakan agar penyanyi berusia 25 tahun itu diberikan kesembuhan segera.
Aiman baharu mendirikan rumah tangga dengan pasangannya iaitu Che Syarah Haifa Che Isa, 24, pada 27 April lalu. – Malaysiapost