Kepelbagaian agama, bahasa dan budaya di Malaysia perlu dihormati – Zahid

KEPELBAGAIAN agama, bahasa dan budaya yang terdapat di negara ini perlu dihormati, tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, teras Malaysia Madani juga menjunjung kesejahteraan insan yang mana institusi kemasyarakatan terus diperkasa.

“Saya sentiasa menekankan bahawa kepelbagaian agama, bahasa dan budaya yang terdapat di negara ini perlu dihormati.

“Malah teras Malaysia Madani menjunjung kesejahteraan insan yang mana institusi kemasyarakatan terus diperkasa.

“Semoga keunikan dan kepelbagaian di negara ini dapat diperkukuhkan dalam kita bersama membangun negara ini,”katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut berkongsi mengenai kemeriahan Majlis Kebudayaan Telugu anjuran Persatuan Telugu Malaysia yang dihadirinya malam tadi.

“Ribuan pengunjung telah membanjiri TAM Akademik bagi meraikan majlis kebudayaan ini sempena Hari Ugadi yang berlangsung dengan pelbagai acara persembahan kebudayaan yang menarik sekali.

“Tambahan itu, sumbangan masyarakat kaum India juga diiktiraf sebagai pemangkin kemajuan negara,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights