PEMBIDAAN nombor plat siri FF berjaya menjana hasil kutipan tertinggi dalam sejarah nombor pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan jumlah RM34,296,327.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata seramai 34,032 orang telah menyertai pembidaan melalui platform JPJeBid sepanjang tempoh bidaan yang berakhir beberapa hari lalu.
Katanya, sebanyak 8,348 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.
“Ini menunjukkan satu sistem atas talian yang telus boleh menjana hasil yang lebih tinggi untuk kerajaan.
“JPJ akan terus berusaha untuk memperluas dan menambahbaik perkhidmatan digital untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya hari ini. – Malaysiapost