KETUA Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan setiap ‘hubungan’ memerlukan kejujuran, menghormati dan saling mempercayai untuk terus berkekalan.
Beliau berkata, tiga perkara itu adalah asas dalam ‘perhubungan’ yang perlu dipelihara termasuklah dalam isu perkahwinan.
“Hubungan memerlukan perkara asas untuk berkekalan iaitu jujur, menghormati dan memahami antara satu sama lain dan saling mempercayai.
“Jika tiga perkara ini dapat di amalkan dalam sebuah perhubungan, InsyaAllah ia akan terus berkekalan waima hubungan itu dibina bukan atas kehendak ‘pasangan’ di permulaan ‘perkahwinan’,” katanya menerusi Facebook.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu, ‘pergaduhan’ tidak berpuas hati itu adalah perkara biasa dalam hubungan.
“Apa yang paling penting jangan terlalu mempercayai orang di luar hubungan ini yang ada mahu melihat hubungan ini tidak berpanjangan demi untuk kepuasan dan kepentingan mereka,” katanya. – Malaysiapost