Pindaan Akta Insolvensi meliputi 5 perkara – Azalina

RANG Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2023 yang dibacakan kali pertama hari ini, meliputi lima perkara, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, lima perkara tersebut merangkumi penggunaan teknologi maklumat dalam pentadbiran kes insolvensi dan pengendalian mesyuarat pemiutang.

Selain itu katanya, penambahbaikan mekanisme pelepasan kebankrapan automatik, penambahan kategori bankrap yang layak dilepaskan melalui pengeluaran sijil Ketua Pengarah Insolvensi tanpa perlu melalui bantahan pemiutang dan semakan nilaian berkaitan kebankrapan.

Jelasnya, semakan nilai berkaitan kebankrapan terdiri daripada dua perkara.

“Nilai harta yang boleh dikecualikan daripada pembahagian kepada pemiutang.

“Nilai harta kes kebankrapan kecil dan had gaji bagi kelayakan kes ditabir secara terus,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Azalina, pindaan itu selaras pelaksanaan dasar peluang kedua untuk membantu bankrap dilepaskan dan diberi peluang kedua untuk mengukuhkan kedudukan kewangan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights