Polis siasat dakwaan wanita diraba payu dara

POLIS membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang wanita diraba pada bahagian dadanya ketika beriadah di sebuah taman tema air di Kuala Langat, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita itu pada awal pagi hari tersebut.

“Seorang perempuan warga tempatan berumur 28 tahun yang bekerja sebagai pengurus pemasaran menyatakan dia diraba di bahagian payudara semasa berada dalam kolam.

“Menurut pengadu, semasa menuruni gelongsor dan tiba di kolam, seseorang menarik serta menyentuh bahagian depan dan payudaranya ketika dia berada dalam air,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Ridwan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan sekiranya didapati bersalah, penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan terhadap pesalah.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu untuk menghubungi bilik gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222.

Terdahulu, wanita tersebut dilapor membuat aduan terhadap insiden yang dianggapnya sebagai gangguan seksual ke atasnya pada 13 Mei lalu termasuk kepada pengurusan taman tema air berkenaan. – Malaysiapost

Kredit Foto : Utusan Malaysia

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights