Ratusan ribu pengguna Instagram alami gangguan

Ratusan ribu pengguna Instagram alami gangguan

INSTAGRAM Meta Platform Inc mengakui sebilangan pengguna menghadapi masalah mengakses aplikasi itu selepas ada yang mengadu mengenai gangguan perkhidmatan, semalam.

Syarikat itu tidak mendedahkan bilangan pengguna yang terjejas akibat gangguan itu, tetapi laman web penjejakan gangguan Downdetector.com menunjukkan lebih 100,000 insiden di Amerika Syarikat (AS), 24,000 di Kanada dan lebih 56,000 insiden di Britain.

“Kami sedang berusaha untuk memulihkan keadaan secepat mungkin dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan,” kata jurucakap syarikat itu.

Lebih 180,000 pengguna melaporkan masalah mengakses Instagram pada kemuncak gangguan, lapor Reuters.

Perkhidmatan Instagram terganggu pada Ahad dari sekitar 1745 ET (2145 GMT), menurut laman web penjejakan gangguan Downdetector.com yang menjejaki gangguan dengan mengumpul laporan status daripada beberapa sumber, termasuk pengguna. – Malaysiapost

Komen