Sudah masanya PN pimpin negara dengan gagasan lebih besar – Annuar Musa

SUDAH sampai masanya Perikatan Nasional (PN) memimpin gagasan lebih besar di Malaysia, kata bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Bekas Ketua Umno Bahagian Ketereh yang dipecat itu berkata PN wajar memimpin negara dengan agenda rakyat dan nasional yang lebih tuntas.

“Sampai masanya PN memimpin gagasan lebih besar untuk Malaysia, dengan agenda rakyat dan nasional yang lebih tuntas. InsyaAllah,” tulisnya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Annuar berkata demikian selepas menyaksikan kemeriahan majlis Hari Raya PN di Shah Alam yang dihadiri ribuan rakyat, malam tadi.

Dengan jumlah kehadiran tersebut, Annuar berkata, ia tidak hairan jika majlis itu dianjurkan kerajaan kerana boleh mengerah pelbagai jabatan untuk memastikan kehadiran yang ramai.

“(Namun) Ini majlis pihak pembangkang di kubu pihak kerajaan.

“Lebih menarik pada perhatian saya tentang kehangatan dan kemesraan mereka yang terdiri dari pelbagai kaum,” katanya lagi.

Kelmarin Annuar mengesahkan beliau telah menghantar borang permohonan keahlian bagi menyertai PAS dan sedang menunggu kelulusan. – Malaysiapost

Foto kredit: Facebook Tan Sri Annuar Musa

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights