Najib sebak ramai doa, beri kata semangat

DATUK Seri Najib Razak sebak apabila mendapat tahu masih ramai rakyat dan kenalan yang mendoakan kesejahteraan bekas Perdana Menteri itu.

Perkara itu dinyatakan ahli keluarga bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu yang kini menjalani hukuman penjara, menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Najib Razak semalam.

Menurut hantaran itu, beberapa minggu ini ahli keluarga Najib memenuhi jemputan Aidilfitri dan menghadiri beberapa majlis.

“Ramai datang bersalaman, minta sampaikan salam dan semangat kepada DSN (Datuk Seri Najib). Ada yang bersama-sama berdoa untuk DSN, menitis air mata tersentuh hati kami.

“Sebak DSN ketika kami dibenarkan melawat dan memberitahunya. DSN sampaikan salam kepada semua dan penghargaannya.

“Terima kasih kepada semua yang masih setia bersama, kepada semua yang ikhlas mendoakan DSN,” tulis hantaran itu.

Untuk rekod, Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan ke atasnya berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos 2022. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights