Rozaid dilantik Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PM
WARTAWAN veteran, Rozaid Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rozaid, 58, melapor tugas hari ini di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya, lapor Utusan Malaysia.
Beliau menggantikan Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman yang menamatkan perkhidmatannya awal bulan ini.
Sebelum ini Rozaid bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai pemberita kadet di Utusan Malaysia pada April 1984. – Malaysiapost