PENDAKWAH bebas, Ebit Lew hari ini berkongsi kisahnya membantu seorang wanita memeluk Islam.
Menurut Ebit menerusi hantaran di Facebooknya, beliau telah mengislamkan wanita bernama Miss Paweena yang menyifatkan apa yang berlaku kerana Allah sayang terhadap wanita tersebut.
“Alhamdulillah baru bawa Miss Paweena memeluk Islam. Ucap syahadah dan terus daftarkannya. Allah sayang Paweena.
“Tiadalah yang lebih berharga di dalam hidup melebihi dapat dekat dengan Allah. Katanya inilah hari paling bahagia dalam hidupnya. Tidak pernah rasa begini,” katanya.
Ebit berkata, wanita tersebut menghubunginya melalui Facebook bagi bertanya soalan mengenai Islam sebelum menyatakan hasrat memeluk agama suci itu.
“Dia contact melalui Facebook tanya soalan berkenaan Islam. Syukur pada Allah. Saya ajar syahadah dan Islam kemudian terus dafarkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
“Semoga Allah bantu Paweena untuk terus belajar Islam,” katanya.
Perkongsian Ebit itu mendapat maklum balas baik pengikut Facebooknya yang rata-rata mengucapkan rasa syukur serta gembira dengan Miss Paweena yang menerima hidayah Allah. – Malaysiapost