JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku peneraju halal dunia, diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dalam Forum Kazan bersempena Pameran Industri Halal Antarabangsa Rusia Pasar Halal baru-baru ini.
Pameran yang diadakan di Taman Agro-Industri “Kazan” dari 17 Mei hingga 21 Mei itu turut dihadiri Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov.
Dalam satu kenyataan, Jakim memaklumkan ucapan berkenaan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim selain turut disertai Sekretariat Majlis Halal Malaysia Jakim, Iszam Padil.
“Sebanyak 100 pengeluar terbesar produk halal (makanan, kosmetik, pakaian, aksesori dan barangan isi rumah) mengambil bahagian dalam pameran itu.
“Ia adalah peluang yang baik bukan sahaja untuk merasai dan membeli produk, yang mematuhi sepenuhnya piawaian Halal, tetapi juga untuk mewujudkan hubungan perniagaan yang berkualiti tinggi,” katanya.

Menurut Jakim, pameran itu turut dihadiri Datuk Bandar Kazan, Republik Tatarstan, Ilsu Metshin dan Mufti Republik Tatarstan, Kamil Khazrat Sumigullin. – Malaysiapost