Imam sempat main badminton set pertama sebelum rebah, meninggal dunia

IMAM Masjid Jamek Pasir Pelangi di Johor Bahru, Nur Nikman Yusof meninggal dunia ketika bermain badminton di Dewan Li Chi dekat Kampung Abdullah, malam tadi.

Allahyarham juga bekas Imam Masjid Bandar Labis rebah tiba-tiba sebelum disahkan meninggal dunia, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 11.15 malam.

Katanya sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati mangsa yang lengkap berpakaian sukan itu terbaring di lantai.

Katanya, saksi memaklumkan mangsa sempat bermain badminton set pertama bersama rakannya sebelum ditemui terjatuh dalam tandas.

“Rakan mangsa dikatakan mendengar bunyi jatuh yang kuat dari tandas dan arwah ditemui luka di dahi dipercayai rebah serta tidak sedarkan diri.

“Seorang pemain yang berada di lokasi kemudian menghubungi Paramedik Hospital Daerah Segamat (HDS)

“Pemeriksaan petugas perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan pada mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Malaysiapost

.

FOTO KREDIT: Sinar Harian

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights