Perak FC pecat Teong Kim

KERJASAMA Perak FC dengan Datuk Lim Teong Kim akhirnya terlerai apabila khidmat bekas jurulatih Bayern Munich itu tidak diperlukan pasukan. 

Menerusi kenyataan petang ini, Perak FC mengumumkan perpisahan dengan Teong Kim, namun tidak dinyatakan alasan khidmat jurulatih itu ditamatkan. 

Keputusan ini dipercayai berpunca prestasi hambar skuad Seladang dalam saingan Liga Super apabila hanya melakar dua kemenangan daripada 12 perlawanan, sekali gus menduduki tangga ke-11 liga.

Terbahqru, Perak di bawah pengendali berusia 56 tahun itu tewas kepada Sabah FC 1-3 di Stadium Likas, kelmarin. 

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Lim atas sumbangannya dan mendoakan yang terbaik untuk karier beliau pada masa hadapan,” kata kenyataan Perak FC, hari ini. 

Perak FC menjadi pasukan terbaharu dalam kancah Liga Malaysia mengumumkan perpisahan dengan jurulatihnya. 

Sehubungan itu, Perak FC mengumumkan bekas pemain kebangsaan, Yusri Che Lah untuk mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih sementara. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights