Serbuan ke kedai Swatch bukan soal warna, tapi isu LGBT – PM

SERBUAN pihak berkuasa ke atas kedai Swatch baru-baru ini bukan mengenai warna jam tangan yang dijual, sebaliknya berkaitan isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata beliau tidak mempunyai butiran mengenai kes tersebut dan menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberi penjelasan.

“Biar KDN menjelaskan kerana saya tidak mempunyai butiran.

“Kecuali fakta bahawa ia bukan mengenai isu warna tetapi isu bahawa ia (mewakili lambang) LGBT,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Beliau ditemui media selepas hadir Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turatih Islami Selangor di Shah Alam, hari ini.

Beliau diminta mengulas serbuan terhadap kedai Swatch kerana mempamer koleksi Pride di seluruh negara, pada 13 dan 14 Mei lalu.

Koleksi jam yang dirampas itu terdiri daripada pelbagai warna pelangi, simbol yang diterima pakai oleh komuniti LGBT. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights