Tunggakkan elektrik, kerajaan Kelantan tunggu laporan AKSB

KERAJAAN Kelantan enggan memberi sebarang ulasan selagi belum menerima laporan daripada Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) berhubung tunggakan bil elektrik didakwa mencecah RM35 juta dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB). 

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya menunggu laporan AKSB sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan tunggakan bil elektrik oleh syarikat tersebut. 

Katanya, perkara tersebut perlu dirujuk dengan pihak AKSB terlebih dahulu.

“Berkenaan tunggakan bil elektrik itu saya perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat terperinci daripada Pengurus Besar AKSB dan Pengerusi Lembaga Pengarah AKSB,” katanya kepada media pada Majlis Sambutan Hari Dapur Hijau Peringkat Negeri di Pantai Tujuh di Tumpat, hari ini.

Semalam, individu bernama Wan Mahussin Wan Zain memuat naik hantaran di Facebook tertera jumlah tunggakan dan bil semasa TNB bagi loji rawatan air milik AKSB. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights