Akta Kemajuan Petroleum tiada definisi royalti 

AKTA Kemajuan Petroleum 1974 tidak mengandungi definisi statutori berkaitan royalti dalam konteks penyaluran hasil petroleum untuk semua negeri di Malaysia. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bayaran tunai hasil petroleum dilunaskan berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Pembayaran Wang Tunai 1975 (Cash Payment Agreement) bagi minyak mentah, kondensat dan gas asli yang didapati dan diperolehi di dalam negeri.

“Tiada negeri di Semenanjung Malaysia mendapat bayaran tunai hasil petroleum secara perundangan kerana medan pengeluaran petroleum terletak melebihi 3 batu nautika dan berada di luar wilayah negeri,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Datuk Ahmad Shaary (PN-Pengkalan Chepa) yang meminta penjelasan berhubung pembayaran royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan sepertimana yang termaktub di dalam perjanjian di antara kerajaan Kelantan dan Petronas. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights