Jangan lupa asal usul, tanggungjawab kepada negara – Tun M

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara termasuk pelajar supaya tidak lupa asal usul dan tanggungjawab kepada tanah air.

Dr Mahathir berkata, pesanan itu selalu dititipkan setiap kali beliau mengadakan lawatan ke luar negara dan bertemu dengan rakyat Malaysia yang tinggal di negara tersebut. 

Beliau yang berkesempatan menemui rakyat Malaysia termasuk mereka yang belajar dan bermastautin di Tokyo, Jepun semalam, turut berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan mengenai pelbagai isu dalam pertemuan dianjurkan Komuniti Malaysia Jepun (KMJ). 

“Sekali lagi saya berpeluang bertemu dengan ramai rakyat Malaysia yang belajar, bekerja serta bermastautin di Jepun. Malah, ramai antara mereka yang sudah berkeluarga dan anak-anak mereka bersekolah di negara ini. 

“Saya gembira dapat berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan mengenai pelbagai isu dengan mereka.

“Saya juga ingatkan mereka, walaupun berada di luar negara, adalah penting untuk tidak lupa asal usul mereka, dan mereka masih rakyat Malaysia yang mempunyai tanggungjawab kepada negara,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir dan beberapa pemimpin lain yang dijemput ke sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) yang berakhir Ahad lalu di bandar Hiroshima, Jepun. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights