Pearly-Thinaah terus cemerlang, layak ke separuh akhir

SENSASI terus dicipta pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah apabila menumpaskan pilihan keempat dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota, dalam suku akhir Badminton Master Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Bagaimanapun beregu wanita nombor satu negara tidak mampu mengawal kepantasan corak permainan lawan apabila tunduk mudah 13-21 pada set pertama. 

Namun, semangat juang terus dipamerkan Pearly dan Thinaah meskipun sering ketinggalan pada set kedua sehinggalah kedudukan mata terikat 16-16, rentak permainan mereka menemui momentum selepas itu untuk menang 21-19.

Pearly dan Thinaah yang sebelum ini tewas tiga kali dalam lima perlawanan menentang beregu Jepun itu, terus meningkatkan corak permainan pada set ketiga dan mengesahkan ke separuh akhir apabila menang 21-16.

Lawan mereka di separuh akhir di antara beregu pilihan kelima dari Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jong, dan pilihan kedua dari Indonesia, Apriyani Rahayu-Si Fadia Silva Ramadhanti.  – Malaysiapost

Kredit foto: Flash sukan

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights