DATUK Seri Anwar Ibrahim, hari ini menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 3,000 jemaah di Masjid An Naim, Kampung Jalan Kebun, Shah Alam.
Perdana Menteri tiba kira-kira jam 1.15 tengah hari, bersama jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Kesucian Kalimah Allah Yang Maha Agung’ yang disampaikan Imam Mohd Hafiz Hussain.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 3,000 jemaah di Masjid An Naim, Kampung Jalan Kebun, Shah Alam.
Selesai solat Jumaat, Anwar meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah dan makan tengah hari di masjid tersebut.
Sejak menjadi Perdana Menteri pada 24 November lalu, Anwar menjadikan rutin Jumaatnya berjemaah bersama rakyat di masjid yang dipilih. – Malaysiapost