SPRM siasat dakwaan rasuah projek Petronas, syarikat minyak dan gas

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka fail siasatan terhadap dakwaan rasuah melibatkan projek Petronas serta sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa yang disiarkan di sebuah portal baru-baru ini.

Menerusi kenyataan hari ini, SPRM berkata dalam siasatan melibatkan projek bernilai RM399 juta di Sarawak tersebut, pihak Petronas telah memberikan kerjasama penuh dengan pihak SPRM.

“Setakat ini, SPRM telah menemukan beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja berhubung isu tersebut.

“Sehubungan itu, Suruhanjaya ini telah mencadangkan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah-langkah pencegahan.

“SPRM turut menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat baharu berhubung isu ini boleh tampil menyalurkan kepada suruhanjaya ini untuk siasatan selanjutnya di bawah Akta SPRM 2009,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights