Jasa Kak Ton amat dikenang – Ahmad Zahid

PRESIDEN Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada Norliza Sha’ari atau lebih mesra dipanggil Kak Ton yang telah berkhidmat dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) selama 38 tahun.

Beliau yang juga Pengerusi BN menzahirkan penghargaan itu dalam sesi Apresiasi Sekalung Budi Seuntai Kasih hari ini sempena meraikan Kak Ton yang akan bersara pada 14 Julai ini.

“Mula berkhidmat tanggal 2 September 1985, selama 11 tahun mencurahkan bakti bersama Ibu Pejabat Umno dan kemudian 27 tahun di bawah BN sudah cukup menzahirkan pelbagai pencapaian beliau.

“Persaraan Kak Ton bukan bermakna pengakhiran segalanya sebaliknya ukhuwah dan hubungan yang telah terbina ini seharusnya dikekalkan selamanya.

“Kepada Kak Ton, terima kasih atas segala kudrat dan usaha yang telah dicurahkan sepanjang bersama perjuangan ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, Umno dan BN kehilangan aset yang sangat berharga serta seorang rakan kerja yang amat komited dan berdedikasi.

“Kak Ton menjadi inspirasi kami berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan kesetiaan.

“Selamat bersara Kak Ton. Semoga terus ceria di samping keluarga tercinta dan mencipta kebahagiaan menempuhi masa hadapan. Jasa Kak Ton amat dikenang,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights