Erdogan angkat sumpah Presiden Turkiye untuk penggal ketiga

RECEP Tayyip Erdogan mengangkat sumpah sebagai Presiden Turkiye untuk penggal ketiga hari ini, selepas memenangi pemilihan semula hujung minggu lalu.

Pemimpin itu menyatakan komitmen untuk memastikan khidmat ‘tidak berat sebelah’.

“Saya sebagai Presiden, bersumpah atas kehormatan dan integriti saya di hadapan negara dan sejarah besar Turkiye untuk menjaga kewujudan dan kemerdekaan negara,” katanya.

Majlis mengangkat sumpah itu turut disiarkan secara langsung.

Ia dikatakan turut dihadiri pegawai peringkat tinggi dari 78 negara dan organisasi antarabangsa, termasuk Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg; Presiden Venezuela Nicolas Maduro; Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban dan Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan.

Pada sebelah malam, Erdogan dijadual menamakan barisan menteri yang akan menganggotai Kabinet baharunya.

Pemimpin berusia 69 tahun itu memenangi 52.2 peratus sokongan dalam undian terakhir pada 28 Mei lalu. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights