Kalah 1-4: ‘Sejarah hitam buat TRW’ – Annuar Musa

KEKALAHAN 1-4 The Red Warriors (TRW) di tangan Kelantan United disifatkan sebagai sejarah hitam buat pasukan itu.

Perkara itu dizahirkan, bekas Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang turut menzahirkan rasa kecewa dengan prestasi pasukan berkenaan.

Kekalahan itu menyaksikan Kelantan FC merekod kekalahan ke-11 sekali gus menduduki tangga tercorot Liga Super.

Perkara itu dikongsikan oleh Annuar menerusi satu hantaran di laman sosial Facebooknya malam tadi, yang turut mendesak supaya usaha mencari jalan mengembalikan maruah pasukan itu dapat dilaksanakan segera.

“Sejarah hitam buat TRW….carilah jalan pulihkan maruah pasukan,” tulisnya dalam hantaran ringkas itu.

Sebelum itu, Kelantan United melakar kemenangan sulung selepas mengharungi 13 perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini apabila menumpaskan Kelantan FC 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Annuar merupakan bapa pembangunan bola sepak Kelantan apabila menghadiahkan kejuaraan tiga piala pada musim 2012.

Sementara itu, penyokong pasukan tersebut merayu Annuar untuk memulihkan kembali pasukan negeri berkenaan yang kini berada kedudukan tercorot.

Ramai berpandangan Annuar ialah orang yang diharapkan untuk menyelamatkan pasukan bola sepak Kelantan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights