Kanak-kanak tercucuk besi pagar 15cm di punggung

SEORANG kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya cedera tercucuk pada besi pagar di Taman Seri, Sungai Besar, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.25 petang.

“Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu masih berada di pagar besi rumah berkenaan.

“Punggung mangsa didapati tercucuk besi pagar itu sedalam kira-kira 15 sentimeter (cm),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Md Razali berkata, anggota JBPM mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyelamatkan mangsa yang berusia 12 tahun itu.

Menurutnya, ketika kejadian ibu mangsa tiada di rumah dan hanya disedari oleh jiran.

Katanya, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan lanjut.

Kanak-kanak berkenaan dipercayai sering bermain di atas pagar itu sebelum ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights