Aaron yang jumpa Thor, Sol pula disindir

DATUK Aaron Aziz bersama beberapa pelakon Malaysia telah diundang ke tayangan perdana filem Extraction 2 yang diadakan di Manila, Filipina, baru-baru ini.

Menerusi hantaran video di laman Instagram, Aaron turut berkongsi detik manis bertemu bintang Hollywood Chris Hemsworth yang popular dengan watak superhero, Thor.

Video itu turut memaparkan Aaron naik ke pentas bersama pelakon Iedil Putra berjabat tangan dan bergambar dengan Chris.

Pada masa sama, hero filem KL Gengster itu meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang menghadiri tayangan perdana filem tersebut sambil menggalakkan orang ramai menonton filem aksi tersebut.

“Alhamdulillah bersyukur di atas peluang yang diberikan. Allah sebaik-baik perancang. @NetflixMY @NetflixFilm #TylerRakeLives #Extraction2PH. Fight scenes gempak gila! 100 times better than Fast X. Kalian semua kena tengok,” katanya.

Namun lain pula cerita apabila meninjau ruangan komen hantaran tersebut.

Selain mengucapkan tahniah kepada Aaron, rata-rata netizen menyindir pengarah filem Syamsul Yusof yang sebelum ini menyingkirkan pelakon dari Singapura itu membintangi filem terbarunya.

“Kalau dah rezeki, buat macam mana pun, digugurkan sekali pun tetap ada rezeki lain.

“Datuk Aaron Aziz bertaraf antarabangsa, Sol je yang buta.

“Melopong lah Sol tengok ni. Rugi tak amek dia berlakon,” antara komen netizen. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights